Monday, November 14, 2011

Ilham??EGO??Ape nieh??

"Pokok mungkin bergoyang walau takde angin, sebab ada orang yang goyang-goyangkan, masih ada laut yang tak berombak, sebab laut tue dalam lukisan. Membuktikan dunia sudah berbeza. Walau apa yang kita karang, yang kita kata, kita rasa, kita dengar, mahupun kita lihat, hakikatnya, hidup banyak muslihat & rahsia."

Kadang-kadang aku terasa merapu macam nie, macam orang bod*h, atau b*ngang pun ada. Yelah, merapu takde point & alasan tersendiri. Tapi sebenarnya mende nie semua datang sendiri. Macam orang selalu cakap, masa nak, takde, masa tak kesah, ada je datangkan. Barang ke, ilham ke, idea ke, bagi aku, sama je. Sebab mende-mende camnie, dia ada masa die, datang tiba-tiba. pendapat aku, mende nie ada pada sape-sape je, cuma terserah kepada orang tue, die nak luahkan dalam bentuk apa.

Actually, aku nak share sebenarnya pasal tadi aku ada tengok video seorang budak menyanyi unplugged. Besh, memang nice die menyanyi, tapi aku takkan komen kat video sebab aku tak suke cara budak tue. Maybe betol member aku cakap, EGO! Kalau orang macam aku pun ada yang cakap EGO, abis manusia-manusia laen?? Yang tak boleh mengerti erti kekalahan or mengalah. Macam mane pulak?? EGO! EGO! EGO! 1 perkataan yang abstrak dan sering dikaitkan dengan lelaki & mostly orang tua. Tapi, cuba fikirkan, kalau takde EGO nie, apa yang berlaku??

Maybe betul, aku tak sempurna, tapi menerima apa yang betul, adalah tidak salah.




*Aku tak tahu ape yang aku taip & merapu kat atas nie..macam pointless je..
>.<

Wednesday, November 9, 2011

Kawan??

YES!!
Yea..aku memang sentap dengan kaw..aku memang makan hati dengan kaw..aku memang terasa gile dengan kaw..dulu kaw baik gile dengan aku..sekarang??dulu kaw memang selalo contact aku..sekarang??

Memang terasa r..seyesly..bayangkan, dulu kaw rajin gak mesej aku..sekarang nie, aku call pun kaw susah nak jawab..nk ko mesej aku??memang mimpilah..dulu kaw selalo gak ajak datang rumah kaw beraya, sekarang??aku cakap aku nak datang tanpa dijemput pun, kaw da semacam. Macam nie ke KAWAN?? Baru aku tau erti kawan kalau camnie..terima kasih sebab ajar aku pengertian ini. Kaw baru ada kapel,belum kawen lagi, tapi perubahan kaw memang UMPH! 

Takpe, aku paham & aku cuba pastikan hajat kaw tercapai. And kalau ape yang aku tafsir adalah bertentangan dengan niat & fikiran kaw, aku minta maaf sebab aku tafsir daripada tingkah laku kaw. Sekian.

Inilah yang terjadi bila couple datang dan kawan terbang

Friday, November 4, 2011

Miss my old day!

Hari ini, aku bangun awal nak teman mak aku beli barang masak untuk raya. Anak mithalilah katakan hahahahahaaa.. Tapi pe yang aku nak share, masa aku dok khusyuk memilih surat khabar nak beli, tiba-tiba aku kena sergah dengan sorang budak kecik hahahahaa~ actually, aku penah admire and usha budak nie. Die memang baik dengan aku and dulu rapatlah jugak.  Aku anggap dia pun macam adik aku dah. Tapi bila aku dah abis sekolah, dia macam agak sombong dengan aku, tak tahu sebab pe.Nak kate aku jarang contact??memanglah..nak contact macam mane, die tak pakai handphone sampai sekarang. FB??pun takde. Actually, aku tak pernah miss datang raye rumah dia tapi lepas dia dingin dengan aku tue, aku memang lost contact and tak datang raye. Rasa-rasa dah 2 tahun kot tak datang..huhuuhuhuuu~

Aku suke tengok die. Sebab dia Epy go lucky, comel, kecik. hahahahaahaa first time tengok pun dah suke. hohohohooo masa aku jumpe tadi pun, dia nampak macam dia yang mula-mula aku jumpa dulu.. ^_^ aku pun epy tengok dia camtue. Cuma, aku dengar-dengar, dia berminat pada seorang lelaki Sabah ini. T_T takpelah dik, janji aku tengok ko bahagia and still epy go lucky!

Thursday, November 3, 2011

C.I.N.T.A

Zaman sekarang ini, dah jadi trend kan, kahwin cari sendiri. Maksud aku, cari pasangan sendiri, berlainan dengan cara zaman-zaman dulu yang mane, parents carikan untuk anak-anak dia. memang mula-mula aku bersetuju dengan cara nie, tapi baru-baru nie aku ada terbaca satu fakta, yang mane dalam Islam, adalah lebih baik kahwin baru cinta, bukan cinta baru kahwin.

hahahahaa macam lawak pun ada sebab memang ada orang akan cakap, aku nie kolot, orang bajetlah pe sume. Tapi cuba fikir betol-betol, kenapa "Cinta itu buta"?? bagi aku, menurut pengalaman & pemerhatian aku selama sesebulan dua nie, ada sebab & hikmah kenapa perlu kahwin > cinta. hasil daripada penyelidikkan & pemerhatian aku, terdapat beberapa faktor, antaranya ialah :
  • Cinta itu mampu membawa kita ke lembah maksiat dengan janji-janji dan nafsu yang sedia ada.
  • Orang sanggup mati sebab mati 
  • Orang sanggup hilang keluarga sebab cinta
  • Orang sanggup hilang kawan sebab cinta
  • Orang asnggup berbunuh sebab cinta (cemburu)

Ini semua hanyalah pemerhatian & penyelidikan secara kasar. Aku tak buat lagi secara detail sebab ini bukan course aku..hahaha tunggu aku sambung masterlah dulu. Pemerhatian aku berdasarkan pada beberapa kejadian ini :
  • banyak berlaku penzinaan dalam "cinta"
  • ada seorang awek ini, putus cinta, tapi tak bleh terima sampai nak bunuh diri.
    • tue baru putus cinta, kalau mati laki camne?? 
  • ada sorang mamat ini, tak bagi aku berkawan dengan gf die, siap nak cari aku sebab aku kawan dengan gf die.
    • tue aku baru kawan, kalau aku mengorat camne?? tak kesian kat awek die, terkongkong, tak boleh kawan sape-sape. kalau cemburu sangat, awetlah gf tue, masuk cermin simpan bawak katil, habis cite! Awek dah macam kena penjara, takde life!

 
Betul, aku tak pakar dan tak sempurna dalam membuat kajian ini semua, tapi inilah hakikat. Pejam mata pun, sampai bila??and korang sanggup tanggung seksa dunia ke akhirat? Renung-renungkanlah.








p/s : kalau aku pun, cari jugak bakal isteri, 
kalau dah takde mak akulah cari..
sebab mak aku dah bagitau camne yang 
die suh aku cari bini..hehehehehe

Wednesday, November 2, 2011

Dua beradik yang memeningkan!

Hari nie saje dah cukup peningkan aku. Tue pun baru berape jam je dok lepak dengan dua beradik nie. dah kaw-kaw aku kena bahan dengan diorang. Diorang memang gile yang amat. Suke sangat buat sejarah & khayalan sendiri. Yang tak boleh blah, sekali dah merapu tue, dah macam orang hilang akal, tokot, tambah macam-macam. Lawak ada, bengang pun ada. Sape tak bengang, asyik-asyik kelentong aku je. Mentang-mentang aku nie tak banyak ilmu, kena kelepet kaw-kaw. Tapi tak pe, dok dengan diorang memang have fun walaupun saket hati kadang-kadang. Dioranglah Topek & Daows. hahahahaa~ peace!


Tuesday, November 1, 2011

Nak kahwin..




VS


Hari-hari aku tersepit untuk memikirkan dua benda :
i)sambung master
ii) cari bakal isteri

Mane yang better didahulukan? Yang pasti, aku akan terus buat loan peribadi untuk buat master masa 1st gaji aku nanti. Cuma perlu ke aku cari pasangan pada masa yang sama??Sijil kursus kahwin dah ada ini..hahahaaa~

Rasa hati nak kahwin, tapi family aku??master aku??setakat nie, aku je yang stabil sikit keje nanti. Pening kot pikir pasal nie sume. Yang beshnye, abang aku sendiri tak kahwin lagi, takkan nak langkah bendul. and paling besh, ada pulak aku paasngan nak kahwin. sape ada adik ke, member2 ke, sedara mare ke yang single?kenalkanlah kat aku. Hahahahaaa~ tapi boleh ke??aku cerewet kot. ^_^